Bougas Beauty Serum ✨ (@bougasbeauty_lin)

6 days ago

"Bila nak buat? . Right after bangun dari tidur, terus bangun dan minum segelas air sejuk. Air sejuk akan aktifkan seluruh sistem badan dan hidrat semula badan kita yang kekeringan. Lepas habis minum, masa untuk mandi pagi! . Skincare routine pagi akan bermula selepas mandi pagi. . Apa yang diperlukan ; . o Bougas Facial Cleanser o toner o Bougas Advance Serum o Facial Moisturizer o Sunscreen . Langkah  #1  : Facial Cleanser Selepas habis mandi, keringkan badan dan mula Morning Skincare Routine. Picit sedikit Facial Cleanser di hujung jari. Tambahkan sedikit air & buat sedikit buih. Di muka yang lembap, buat urutan arah lawan jam di muka. Gunakan tekanan yang lembut sepanjang urutan. 5 – 10 urutan dah cukup, bilaskan muka dengan air bersih. Langkah  #2  : Toner Untuk yang tinggal di negara panas & lembap macam Malaysia, Toner akan jadi kawan terbaik kita! Facial toner ni kerja dia adalah untuk pastikan kulit xtra-bersih dan liang pori xtra-ketat. Pori yang besar terbuka akan senang tersumbat, akhirnya jadi tempat blackheads, whiteheads & jerawat berkumpul. Langkah  #3  : Bougas Advance Serum Serum baik untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit serta menjadikan kulit muka lebih halus, lembut dan banyak lagi. Serum hanya perlu digunakan pada waktu pagi dan sebelum tidur. Langkah  #4  : Moisturizer Ramai orang kata Moisturizer ni tak penting. Salah! Bila kita cuci muka, kebanyakan minyak semulajadi (sebum ) akan hilang. Kulit akan kering & terdedah kepada persekitaran luar. Moisturizer ni macam pelindung antara kulit dan juga persekitaran luar. Tanpa Moisturizer, bayangkan berapa banyak kotoran akan tersangkut di liang pori kita. Moisturizer juga melembap dan mengelakkan kulit dari kering. Kulit yang lembap akan melambatkan proses penuaan dan juga membekalkan nutrien pada kulit - sepanjang hari! . Langkah  #5  : Sunscreen Sama ada keluar rumah atau tak, I akan sentiasa pakai Sunscreen. Bila mencari Sunscreen, pastikan cari “facial sunscreen” yang selalunya lebih kecil. Kenapa? Ramai orang bila cari pelindung matahari, mereka akan beli Sunblock. Tekstur Sunblock ni tersangatlah berat dan berminyak.

1 comments